Skip to main content

Pernyataan Privasi

Privasi Anda

 

Penyata Privasi ini menerangkan polisi privasi (“Polisi Privasi”) kami yang termasuk bagaimana Cheang & Ariff (“Firma”) mengumpul, menggunakan, menyimpan, mendedahkan dan melindungi data peribadi anda.

Dengan melawati laman web kami atau dengan berinteraksi dengan kami atau dengan memberikan data peribadi anda kepada kami, anda dianggap telah membaca dan bersetuju dengan pengumpulan, penggunaan, penyimpanan, pendedahan dan perlindungan data peribadi anda dengan cara yang diterangkan dalam Polisi Privasi ini.

 

  1. Pengumpulan Data Peribadi

 

Firma akan mengumpul data peribadi anda pada dan sepanjang urusan anda dengan Firma termasuk, tetapi tidak terhad kepada:-

(a) maklumat peribadi anda, termasuk maklumat yang berkaitan dengan individu lain yang boleh dikenal pasti daripada maklumat anda yang diberikan kepada kami, seperti nama, nombor kad pengenalan atau pasport (jika berkenaan), umur, kewarganegaraan, nombor telefon, alamat kediaman, alamat e-mel, tarikh lahir, jantina, pekerjaan, jawatan, maklumat akaun bank dan maklumat pasangan/ anak-anak;

(b) sebarang data peribadi yang berunsur sensitif yang mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada keadaan perubatan dan ubat-ubatan yang diambil oleh anda (jika berkenaan);

(c) maklumat mana-mana individu yang boleh dikenal pasti daripada data peribadi anda; dan/atau

(d) maklumat lain daripada mana anda boleh dikenal pasti.

(dirujuk secara kolektif sebagai “Data Peribadi”)

Apabila anda melayari laman web kami, tiada Data Peribadi dikumpul kecuali Data Peribadi yang diberikan oleh anda kepada Firma secara langsung melalui e-mel. Walau bagaimanapun, ada kalanya kami mungkin meminta anda memberikan Data Peribadi anda, seperti nama, nama syarikat, alamat e-mel, nombor telefon, dan alamat bagi tujuan berhubung dengan anda, memberi anda langganan surat berita atau penerbitan, memaklum anda mengenai acara, atau sebagai tindak balas kepada permintaan anda atau memberikan maklumat yang kami anggap mungkin berguna kepada anda. Jika berkenaan, kami akan membezakan antara medan Data Peribadi yang bersifat pilihan dan yang bersifat wajib untuk mendapatkan maklumat yang diminta. Harap maklum bahawa alamat e-mel yang anda berikan dan sebarang data lain yang anda masukkan boleh menyebabkan anda dikenal pasti secara peribadi. Seperti banyak laman web lain, laman web kami juga mungkin secara automatik menerima maklumat umum yang terkandung dalam fail log pelayan, seperti alamat IP anda, dan maklumat kuki secara automatik.

  1. Penggunaan Data Peribadi

Data Peribadi yang dikumpul oleh Firma boleh digunakan untuk, tetapi tidak terhad kepada tujuan-tujuan berikut:-

(a) menyediakan perkhidmatan guaman kepada anda atau menjawab sebarang pertanyaan daripada anda dan/atau wakil anda;

(b) rekod dalaman Firma;

(c) siasatan dalaman Firma;

(d) berkomunikasi dengan anda;

(e) tujuan percukaian dan/atau audit;

(f) menjalankan acara dan program, aktiviti promosi pelanggan, pemasaran, promosi dan aktiviti pemprofilan pelanggan berkaitan dengan perkhidmatan kami;

(g) menghantar bahan seperti buletin, artikel dan kemas kini lain;

(h) untuk pelaksanaan sebarang fungsi yang diperuntukkan atau kewajipan yang dikenakan ke atas mana-mana individu oleh undang-undang dan/atau untuk tujuan pentadbiran keadilan; dan/atau

(i) untuk sebarang tujuan yang bersampingan, berkaitan atau lanjutan daripada tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas.

(dirujuk secara kolektif sebagai “Tujuan”)

Data Peribadi yang dikumpul semasa melayari laman web kami boleh digunakan untuk menyesuaikan dan menambah baik pengalaman pengguna anda di laman web kami. Usaha akan dibuat untuk mengelakkan Data Peribadi anda tersedia kepada pihak ketiga kecuali (i) diperuntukkan sebaliknya dalam Polisi Privasi ini; (ii) persetujuan anda diperoleh, seperti apabila anda memilih untuk membenarkan atau tidak membenarkan perkongsian Data Peribadi; (iii) perkhidmatan yang disediakan di laman web kami memerlukan interaksi dengan pihak ketiga, atau disediakan oleh pihak ketiga, seperti pembekal perkhidmatan aplikasi; (iv) menurut tindakan undang-undang atau penguatkuasaan undang-undang; (v) didapati bahawa penggunaan anda terhadap laman web kami melanggar polisi laman web kami, terma perkhidmatan, atau garis panduan penggunaan lain, atau jika dianggap munasabah perlu oleh laman web kami untuk melindungi hak undang-undang dan/atau harta intelek laman web kami. Sekiranya anda memilih untuk menggunakan laman web kami untuk melawat laman web lain, anda dinasihatkan untuk membaca polisi privasi yang diterbitkan di laman web berkenaan. Jika anda menerima e-mel pemasaran daripada Firma, anda akan diberikan cara automatik untuk menarik diri (unsubscribe) daripada komunikasi tersebut atau daripada semua e-mel pemasaran kami. Jika anda menerima e-mel yang tidak diingini daripada Firma kami, sila hantarkan salinan e-mel tersebut kepada ca@cheangariff.com.

  1. Pendedahan kepada Pihak Ketiga

Jika dan apabila perlu, Data Peribadi anda boleh didedahkan kepada pihak-pihak ketiga berikut:-

(a) mana-mana firma profesional luar atau entiti yang memberikan perkhidmatan kepada kami atau bagi pihak anda seperti akauntan, juruaudit, perunding cukai, peguamcara dan peguambela, pemegang amanah, jurunilai dan pembekal produk dan perkhidmatan serta subkontraktor;

(b) jabatan dan pihak berkuasa kerajaan;

(c) ejen atau syarikat insurans;

(d) bank dan institusi kewangan;

(e) mana-mana penerima serah hak atau pemindah hak (sama ada sebenar atau bakal) untuk memudahkan sebarang transaksi yang melibatkan Firma; dan/atau

(f) mana-mana individu yang dikehendaki oleh undang-undang, peraturan, garis panduan, perintah mahkamah atau yang berkaitan untuk melaksanakan mana-mana Tujuan atau perniagaan atau fungsi kami.

  1. Bagaimana Kami Melindungi Data Peribadi?

Kami mengambil langkah yang munasabah untuk melindungi Data Peribadi yang kami simpan daripada penyalahgunaan, kehilangan, akses tanpa kebenaran, pengubahsuaian atau pendedahan. Data Peribadi disimpan di premis dengan kawalan akses, manakala maklumat elektronik hanya boleh diakses melalui log masuk dan kata laluan. Selain itu, semua rakan kongsi dan kakitangan kami tertakluk kepada tanggungjawab kerahsiaan.

  1. Mengubah atau Memadam Data Peribadi Anda

Anda bertanggungjawab untuk memberi kami maklumat mengenai sebarang perubahan kepada Data Peribadi anda secepat yang munasabah boleh dilakukan selepas perubahan tersebut. Bagi tujuan penggunaan Data Peribadi, kami akan mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan Data Peribadi yang berada dalam simpanan kami adalah tepat, terkini, lengkap dan tidak mengelirukan dengan membuat pembetulan, pemadaman atau penambahan yang sesuai.

  1. Perubahan kepada Polisi Privasi ini

Firma berhak untuk membuat perubahan kepada Polisi Privasi dari semasa ke semasa. Jika terdapat sebarang perubahan kepada Polisi Privasi ini, ia akan dikemas kini di laman web kami. Dengan menyemak Polisi Privasi ini secara berkala, anda akan sentiasa mendapat maklumat terkini mengenai Data Peribadi yang dikumpulkan, bagaimana ia digunakan dan dalam keadaan apa, jika ada, ia dikongsi dengan pihak-pihak lain.

  1. Penafian

Walaupun Polisi Privasi ini menetapkan piawaian untuk penyelenggaraan Data Peribadi, dan walaupun usaha akan dibuat untuk memenuhi piawaian tersebut, Firma tidak dapat menjamin pematuhan sepenuhnya. Mungkin terdapat faktor di luar kawalan Firma yang boleh mengakibatkan pendedahan Data Peribadi. Oleh itu, Firma tidak memberikan sebarang jaminan atau representasi berhubung dengan penyelenggaraan atau ketidakpendedahan Data Peribadi.

  1. Kuki

Seperti banyak laman web, laman web kami mungkin menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pengguna anda – untuk mengingati tetapan peribadi anda, sebagai contoh. Namun begitu, laman web kami menggunakan kod tanpa pengenalan peribadi atau kod anonim untuk mendapatkan maklumat tentang lawatan anda ke laman web kami.

  1. Maklumat Perhubungan

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang Polisi Privasi ini, sila hubungi kami di ca@cheangariff.com atau +603-26910803. Sekiranya terdapat percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Melayu Polisi Privasi ini, versi Bahasa Inggeris akan mengatasi dan diguna pakai untuk menjelaskan Polisi Privasi ini.