top of page

Pernyataan Privasi

Polisi Anda

Pernyataan Privasi ini menerangkan dasar privasi kami yang merangkumi cara kami mengumpul, mengguna, mendedah dan melindungi maklumat peribadi tertentu yang dikemukakan oleh pengunjung.

 

Pendahuluan

Laman Web "Cheang & Ariff" menekankan kepentingan hak privasi anda, dan bertujuan untuk mempermudah kegunaan anda semasa melayari laman web ini. Dasar polisi ini membincangkan maklumat peribadi individu ("data") yang mungkin dikumpulkan daripada Laman Web ini. Polisi ini tidak terpakai bagi entiti-entiti lain yang tidak dimiliki atau dikawal oleh Laman Web Cheang & Ariff, ia juga tidak terpakai bagi individu-individu yang bukan merupakan kakitangankakitangan atau ejen-ejen Cheang & Ariff, atau yang bukan dalam kawalan Laman Web Cheang & Ariff. Sila ambil masa untuk membaca Terma-terma penggunaan Laman Web ini.

​

1. Pengumpulan Data

Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari Laman Web ini kecuali maklumat yang anda kemukakan melalui e -mel. Anda tidak perlu membekalkan sebarang maklumat sekiranya anda tidak ingin. Mungkin ada kalanya kami meminta maklumat peribadi anda, seperti nama, syarikat, alamat e -mel, nombor telefon, dan alamat ("Maklumat Peribadi"). Kami meminta maklumat tersebut untuk tujuan berhubung dengan anda, menyediakan langganan surat berita atau penerbitan kepada anda, memaklum anda tentang sebarang peristiwa, membalas permintaan anda atau menyediakan maklumat yang kami anggap sesuai dengan minat anda. Di mana yang berkenaan, kami akan membezakan antara Maklumat Peribadi di mana anda mempunyai pilihan untuk membekal atau tidak dan maklumat yang wajib kami peroleh. Sila sedar bahawa terdapat kemungkinan alamat e-mel dan maklumat-maklumat yang anda bekalkan boleh menyebabkan identiti anda dikenal pasti. Seperti laman web yang lain, terdapat kemungkinan bahawa Laman Web Cheang & Ariff menerima maklumat umum secara automatik yang terkandung dalam fail catatan server, seperti alamat IP dan informasi cookie.

 

2. Penggunaan Data

Data mungkin akan digunakan untuk menyesuaikan dan meningkatkan pengalaman penggunaan anda di Laman Web ini. Usaha-usaha akan diambil untuk mengelakkan penggunaan data anda oleh pihak ketiga melainkan jika (i) dibenarkan sebagaimana dalam Dasar Privasi ini, (ii) kebenaran anda telah diperoleh, contohnya anda memilih untuk mengkongsikan data anda; (iii) perkhidmatan yang disediakan dalam laman kami memerlukan interaksi dengan pihak ketiga, atau perkhidmatan yang disediakan oleh pihak ketiga, seperti pembekal perkhidmatan aplikasi; (iv) menurut tindakan undang-undang atau penguatkuasaan undang-undang; (v) adalah didapati bahawa penggunaan Laman Web ini melanggar dasar polisi Cheang & Ariff, syarat-syarat perkhidmatan, atau garis panduan penggunaan lain, atau jika ia dianggap munasabah oleh Cheang & Ariff untuk melindungi hak undang-undang dan/atau harta Laman Web Cheang & Ariff. Sekiranya anda memilih untuk menggunakan pautan (links) yang dipaparkan di Laman Web ini untuk melawat laman web lain, anda dinasihatkan supaya membaca dasar privasi yang diterbitkan dalam laman web berkenaan. Jika anda menerima e-mel pemasaran daripada Cheang & Ariff, anda akan diberi pilihan keluar secara automatik ( berhenti melanggan ) dari komunikasi yang tertentu atau daripada semua e-mel pemasaran kami. Jika anda menerima e- mel yang tidak dikehe

 

3. Cookies

Seperti laman web yang lain, Laman Web ini menetapkan dan menggunakan cookies untuk meningkatkan pengalaman penggunaan anda– misalnya untuk mengingati tetapan peribadi anda. Walau bagaimanapun, Laman Web ini menggunakan kod yang tidak dapat dikenal pasti atau kod yang tidak diketahui untuk mendapat maklumat mengenai lawatan anda ke Laman Web ini.

 

4. Bagaimanakah kami menyimpan maklumat peribadi dengan selamat?

Kami mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk melindungi maklumat peribadi anda daripada penyalahgunaan dan kehilanganserta daripada akses tanpa kebenaran, pengubahsuaian atau pendedahan. Kami menyimpan maklumat dalam premis di mana aksesnya adalah dikawal dan log masuk serta kata laluan adalah diperlukan untuk mengakses maklumat elektronik tertentu. Di samping itu, semua rakan kongsi/ kakitangan kami adalah terikat oleh kewajipan kerahsiaan.

 

5. Penukaran atau Pemadaman Maklumat Peribadi anda

Tanggungjawab adalah pada individu-individu untuk memberi kami dengan secepat mungkin yang munasabah butir-butir perubahan maklumat peribadi mereka berikutan dengan perubahan tersebut. Berkenaan dengan tujuan di mana maklumat peribadi adalah dikumpulkan, kami akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan maklumat peribadi dalam milikan kami adalah tepat, mutakhir, lengkap dan tidak mengelirukan dengan membuat pembetulan, pemadaman dan penambahan yang sewajarnya.

 

6. Pautan ke Laman Web Luaran

Laman Web ini mengandungi pautan ke laman-laman web luaran. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk Laman Web ini sahaja, justeru anda adalah diingatkan bahawa laman web luaran yang berpaut dengan Laman Web ini bermungkinan mempunyai dasar privasi yang berbeza dan kami mencadangkan bahawa anda meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

 

7. Pindaan Dasar Privasi

Cheang & Ariff berhak untuk membuat pindaan dasar ini dari semasa ke semasa. Sebarang pindaan dasar privasi ini akan dikemas kini di halaman ini. Sila layari halaman ini secara kerap untuk informasi terkini berkaitan dengan maklumat yang dikumpul, cara maklumat tersebut digunakan dan dalam keadaan tertentu, jika ada, bagaimana maklumat itu dikongsikan dengan pihak yang lain.

 

8. Penafian Liabiliti

Walaupun dasar privasi ini menyatakan piawaian bagi penyelenggaraan data dan usaha dibuat untuk memenuhi piawaian tersebut, Laman Web Cheang & Ariff tidak menjamin pematuhan piawaian ini secara keseluruhan. Ia mungkin terdapat faktor-faktor di luar kawalan Laman Web Cheang & Ariff ini yang boleh mengakibatkan pendedahan data atau Maklumat Peribadi. Oleh yang demikian, Laman Web Cheang & Ariff tidak menawarkan sebarang jaminan atau perwakilan berhubung dengan penyelenggaraan atau ketidakdedahan data.

​

9. Maklumat Komunikasi

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai dasar ini atau laman web ini, sila hubungi pentadbir laman pada ca@cheangariff.com atau +603-26910803. Sekiranya terdapat percanggahan antara versi Bahasa Inggeris and versi Bahawa Melayu bagi Dasar Privasi Laman Web Cheang & Ariff, versi bahasa Inggeris akan diguna pakai untuk menjelaskan pernyataan privasi ini.

bottom of page